Wikipedia

Search results

Sunday, 10 August 2025

Mancing Kerapu Celah Batu

Kali ni admin nk share pengalaman mancing kerapu di celah2 batu..kebiasaanya admin g mancing di siang hari.. jarang sangat malam dan hasilnya boleh la saiz-saiz goreng...

Kerapu ni walaupun saiz dia sedap-sedap goreng tapi dia punya henjut paduuuu... xpandai main goyang dik, putus tali begitu saja..

Tali pun kena pakai yang tebal dan berkualiti sikit la maklumlah main kat celah-celah batu ni, tajam.. boleh survey tali kat link bawah ni kalau berminat ye 👇👇👇

https://vt.tiktok.com/ZSStYT53r/

https://vt.tiktok.com/ZSStYWTwk/

https://vt.tiktok.com/ZSStYoGEf/

https://vt.tiktok.com/ZSStYT8NE/


Kat bawah ni antara tangkapan-tangkapan yang berjaya admin daratkan semasa mencari kerapu di perbatuan sebelah Terengganu.. kebanyakan yang naik adalah kerapu selipar dan kadang-kadang naik kerapu bintik jugak..






Ini ialah ikan kerapu jalur biru (Blue-lined grouper) atau nama saintifiknya Cephalopholis boenak atau nama tempatannya Kerapu Selipar

Ciri-ciri Fizikal:
Ikan ini mempunyai badan berwarna coklat gelap hingga kehitaman dengan jalur-jalur biru terang yang melintang di sepanjang badannya. Siripnya juga mungkin mempunyai sedikit warna biru atau kehitaman.
Habitat:
Kerapu jalur biru biasanya ditemui di kawasan terumbu karang dan dasar laut berbatu di perairan tropika dan subtropika di Indo-Pasifik.
Saiz:
Ia merupakan spesies kerapu bersaiz kecil hingga sederhana, biasanya mencapai panjang sehingga 30 cm.
Nilai Komersial:
Ikan ini popular dalam masakan dan sering ditangkap untuk tujuan komersial mahupun rekreasi.








Ikan dalam gambar ini ialah Kerapu Areolat (Areolate Grouper), juga dikenali sebagai Kerapu Hong Kong atau Kerapu Bintik

Warna dan Corak:
Kerapu ini biasanya berwarna keputihan hingga kelabu dengan bintik-bintik bulat berwarna perang. 

Sirip Kaudal:
Ciri khasnya ialah margin putih yang lurus dan sempit pada sirip kaudalnya (ekornya) yang terpotong. 

Habitat:
Ia hidup berhampiran terumbu karang, selalunya di dasar laut berpasir atau berlumpur berhampiran terumbu karang mati atau karang alcyonarian di perairan cetek. 

Saiz:
Kerapu Areolat boleh membesar sehingga 47 cm panjang dan mencapai berat 1.4 kg. 







No comments:

Post a Comment

Adap & Etika Ketika Memancing

Adap ni bukan sahaja semasa memancing je kena amalkan malah di mana-mana pun memang kena beradap barulah kita disenangi oleh rakan-rakan pem...