Wikipedia

Search results

Tuesday, 12 August 2025

Adap & Etika Ketika Memancing

Adap ni bukan sahaja semasa memancing je kena amalkan malah di mana-mana pun memang kena beradap barulah kita disenangi oleh rakan-rakan pemancing mahupun orang sekitar..tak gitu?

Dalam memancing ni ada beberapa adab yang patut kita amalkan demi menjaga hubungan sesama pemancing..kat bawah ni admin senaraikan beberapa adab yang admin rasa patut diamalkan oleh setiap pemancing..kalau korang rasa ada lagi adab-adab yang perlu diamalkan atau sikap-sikap yang perlu dielak pemancing, boleh komen ye ✌

  • Zon privasi pemancing
    • Zon atau kawasan seseorang pemancing tidak harus diceroboh oleh pemancing lain, kalau boleh elakkan lah berada terlalu dekat antara pemancing. Kalau pemancing yang kita kenal atau geng-geng kita xpelah nk duduk setompok pun, ni kalau pemancing-pemnacing luar atau bukan kawan-kawan...kadang-kadang isu ni boleh menyebabkan perbalahan antara pemancing juga..jadi to be safe elakkanlah duduk dekat2 sangat
    • Kadang-kadang orang g mancing ni dia just nk tenangkan diri je, nak healing-healing daripada masalah hidup..so kalau kita duk kacau buat bising bagai memang xsampai la dia punya tenang tu..tak gitu? 

  • Sikap atau perangai pemancing
    • Sikap atau perangai pemancing ni pun kena ambil berat juga. kadang-kadang perangai kita boleh membuat orang menyampah dan benci. Mungkin kita anggap benda tu hanya gurauan saja tapi mungkin dengan perangai kita tu boleh membuat pemancing lain terasa hati dengan kita. Maka renung-renungkanlah..
      • Antara sikap-sikap yang perlu dielak adalah seperti bercakap besar, berlagak, macam dia sorang je tahu semua benda pasal mancing, sembang dengan nada kuat, sembang tak pernah jatuh, menghina pemancing lain bila kumpow atau tak strike, bergambar berlebih-lebih dengan ikan orang dan seumpamanya..
      • antara sikap-sikap yang baik bagi pemancing seperti bertegur sapa sesama pemancing, tidak lokek ilmu atau skill memancing, sambil tolong menolong andai kata member sebelah strike gorgon, offer peralatan ke orang sebelah andai kata dia dh abis stok..bila orang dh offer tu korang pun kena la berterima kasih dengan cara membayar kepada pemberi tu...kebiasaanya kalau setakat mata kail 1,2 pcs batu 1,2 biji nih memang akan bagi saja je..lain la kalu korang minta dgn dia mata 1pack..memang kena bayar la kalau camtu.

  • Keselamatan ketika memancing
    • Menjaga keselamatan diri dan juga rakan sepemancingan kita adalah perkara yang harus diberi perhatian. 
      • perhatikan sekeliling sebalum membuat lontaran takut nanti ada yang mata kail tersangkut di bibir member
      • peralatan-peralatan tajam haruslah di letak setempat atau letak dalam poket dan jagan tinggal merata takut terpijak atau tersepak..nanti kalu dah luka berdarah bagai memang balik awal la jawabnya..
      • pakai kasut atau kasut getah yang anti licin supaya tidak mudah tergelincir di atas pemukaan batu atau permukaan tanah yang licin...sebolehnya elakkanlah pakai selipar, selipar ni mudah terkehel kalau licin.. kan ke dalam air pulak korang 

Sunday, 10 August 2025

Mancing Kerapu Celah Batu

Kali ni admin nk share pengalaman mancing kerapu di celah2 batu..kebiasaanya admin g mancing di siang hari.. jarang sangat malam dan hasilnya boleh la saiz-saiz goreng...

Kerapu ni walaupun saiz dia sedap-sedap goreng tapi dia punya henjut paduuuu... xpandai main goyang dik, putus tali begitu saja..

Tali pun kena pakai yang tebal dan berkualiti sikit la maklumlah main kat celah-celah batu ni, tajam.. boleh survey tali kat link bawah ni kalau berminat ye 👇👇👇

https://vt.tiktok.com/ZSStYT53r/

https://vt.tiktok.com/ZSStYWTwk/

https://vt.tiktok.com/ZSStYoGEf/

https://vt.tiktok.com/ZSStYT8NE/


Kat bawah ni antara tangkapan-tangkapan yang berjaya admin daratkan semasa mencari kerapu di perbatuan sebelah Terengganu.. kebanyakan yang naik adalah kerapu selipar dan kadang-kadang naik kerapu bintik jugak..






Ini ialah ikan kerapu jalur biru (Blue-lined grouper) atau nama saintifiknya Cephalopholis boenak atau nama tempatannya Kerapu Selipar

Ciri-ciri Fizikal:
Ikan ini mempunyai badan berwarna coklat gelap hingga kehitaman dengan jalur-jalur biru terang yang melintang di sepanjang badannya. Siripnya juga mungkin mempunyai sedikit warna biru atau kehitaman.
Habitat:
Kerapu jalur biru biasanya ditemui di kawasan terumbu karang dan dasar laut berbatu di perairan tropika dan subtropika di Indo-Pasifik.
Saiz:
Ia merupakan spesies kerapu bersaiz kecil hingga sederhana, biasanya mencapai panjang sehingga 30 cm.
Nilai Komersial:
Ikan ini popular dalam masakan dan sering ditangkap untuk tujuan komersial mahupun rekreasi.








Ikan dalam gambar ini ialah Kerapu Areolat (Areolate Grouper), juga dikenali sebagai Kerapu Hong Kong atau Kerapu Bintik

Warna dan Corak:
Kerapu ini biasanya berwarna keputihan hingga kelabu dengan bintik-bintik bulat berwarna perang. 

Sirip Kaudal:
Ciri khasnya ialah margin putih yang lurus dan sempit pada sirip kaudalnya (ekornya) yang terpotong. 

Habitat:
Ia hidup berhampiran terumbu karang, selalunya di dasar laut berpasir atau berlumpur berhampiran terumbu karang mati atau karang alcyonarian di perairan cetek. 

Saiz:
Kerapu Areolat boleh membesar sehingga 47 cm panjang dan mencapai berat 1.4 kg. 







Monday, 4 August 2025

Koleksi Ikan Darat

Sepanjang admin mancing di kampung ni, ad la beberapa spesis ikan yang admin berjaya strike.. tapi tidak saiz Gorgon la, sekadar saiz sedap2 goreng ja..

Ni teknik kegemaran admin untuk mancing ikan darat, dedak kepal & potongan roti. Untuk yg ini admin letak perisa strabery xsilap. selalu admin tukar-tukar jugak perisa rotinya, kadang-kedang perisa pisang, jagung, keladi ikut mana stok perisa yang ada. Mana2 yang berminat nak dapatkan mata boom ni, buleh try usha di link di bawah ni 😊
👇👇👇

Ni antara hasil-hasil yang pernah admin strike, bolehla buat rasa tarik-tarik & buat goreng-goreng..mana ikan yang hidup lagi selalunya admin lepas balik dalam kolam kat umah, kita bela bagi besar cikit then baru sauk wat goreng, mana yang nyawa pendek tu dalam kuali la jawabnya..🎣


Ikan dalam gambar kemungkinan besar adalah ikan Terbul atau nama saintifiknya Osteochilus vittatus. 

    Nama Lain:
Ikan ini juga dikenal dengan nama lain seperti terbui, tubul, peroi, dan bonylip barb. 
                                                Habitat:
Ikan terbul banyak ditemukan di aliran besar atau sungai kecil dengan arus tenang, serta substrat berlumpur, berkelodak, atau berpasir, meskipun juga dapat hidup di habitat air tawar lainnya. 
Ciri-ciri:
Ikan terbul memiliki sisik dengan warna yang bervariasi tergantung pada kejernihan air dan dasar sungai. Ikan ini dikenal cepat berenang dan memiliki penglihatan yang baik. 
Manfaat:
Ikan terbul popular untuk dijadikan pekasam dan juga digemari sebagai ikan pancingan. 



Ikan dalam imej ini adalah Ikan Lampam Putih

Nama Saintifik:
Ikan Lampam Putih dikenali secara saintifik sebagai Osteochilus vittatus.
Habitat:
Ikan ini adalah ikan air tawar yang biasa ditemui di sungai, tasik, dan kolam di Asia Tenggara.
Ciri-ciri Fizikal:
Ia mempunyai sisik perak, badan yang agak leper dan sirip yang berwarna cerah. Dagingnya berwarna putih dan sering dianggap sedap.
Manfaat:
Ikan Lampam Putih popular sebagai ikan makanan dan sering ditangkap untuk kegunaan domestik atau komersial. 


Ikan pipi merah kampung, dalam konteks Malaysia, kemungkinan merujuk kepada Leptobarbus melanopterus, yang juga dikenali sebagai ikan Jelawat Pipi Merah. Ikan ini adalah spesies tempatan yang banyak ditemui di Sarawak dan Kalimantan. Ia juga dikenali sebagai ikan tebal pipi dan merupakan ikan air tawar yang popular di kalangan pemancing dan juga sebagai ikan hiasan.
 
Nama lain: 
Ikan Jelawat Pipi Merah, Ikan Tebal Pipi. 
Habitat: 
Terutamanya di Sarawak dan Kalimantan, serta terdapat di sungai-sungai air tawar di Malaysia. 
Manfaat:
Selain sebagai ikan hiasan, ia juga merupakan ikan yang enak dimasak. 
Ciri-ciri: 
Spesies ini mempunyai pipi berwarna merah dan merupakan sejenis ikan cyprinid. 
Status: 
Ikan ini semakin susah diperoleh, menjadikannya ikan yang bernilai tinggi. 




Sunday, 27 July 2025

Sebarau Pertama Admin

 



Ni gambar sebarau 1st admin strike..masa ni main gewang poper n pencil di sungai Gua Musang Kelantan, kt kg mertua admin dalam tahun 2014, lebih kurang 11 tahun yg lalu..walau halus tp dia punya henjutt..padu gais..

Tapi sekarang bila admin g balik kat port sebarau tuh, dh xmacam dulu..dah jadi tempat orang mandi manda kt situ...bila orang dh start mandi manda makanya ikan2 pun comfirm dah lari ke lain..hmm

Siapa-siapa yang berminat nak beli gewang poper n pencil tu boleh la try usha2 dalam link di bawah ye 👇👇👇


Selamat Datang


Selamat Datang ke blog Rod&Reel Ngail..kat sini nati admin akan update aktiviti2 mancing admin..setakat ni admin just mancing d parit2, sungai2 dan tepi2 pantai saja..InsyaAllah kalu ad rezeki admin nk juga rasa mancing tgh2 laut..nk jugak rasa tarikan gorgon2 laut hihi..



Adap & Etika Ketika Memancing

Adap ni bukan sahaja semasa memancing je kena amalkan malah di mana-mana pun memang kena beradap barulah kita disenangi oleh rakan-rakan pem...