Dalam memancing ni ada beberapa adab yang patut kita amalkan demi menjaga hubungan sesama pemancing..kat bawah ni admin senaraikan beberapa adab yang admin rasa patut diamalkan oleh setiap pemancing..kalau korang rasa ada lagi adab-adab yang perlu diamalkan atau sikap-sikap yang perlu dielak pemancing, boleh komen ye ✌
- Zon privasi pemancing
- Zon atau kawasan seseorang pemancing tidak harus diceroboh oleh pemancing lain, kalau boleh elakkan lah berada terlalu dekat antara pemancing. Kalau pemancing yang kita kenal atau geng-geng kita xpelah nk duduk setompok pun, ni kalau pemancing-pemnacing luar atau bukan kawan-kawan...kadang-kadang isu ni boleh menyebabkan perbalahan antara pemancing juga..jadi to be safe elakkanlah duduk dekat2 sangat
- Kadang-kadang orang g mancing ni dia just nk tenangkan diri je, nak healing-healing daripada masalah hidup..so kalau kita duk kacau buat bising bagai memang xsampai la dia punya tenang tu..tak gitu?
- Sikap atau perangai pemancing
- Sikap atau perangai pemancing ni pun kena ambil berat juga. kadang-kadang perangai kita boleh membuat orang menyampah dan benci. Mungkin kita anggap benda tu hanya gurauan saja tapi mungkin dengan perangai kita tu boleh membuat pemancing lain terasa hati dengan kita. Maka renung-renungkanlah..
- Antara sikap-sikap yang perlu dielak adalah seperti bercakap besar, berlagak, macam dia sorang je tahu semua benda pasal mancing, sembang dengan nada kuat, sembang tak pernah jatuh, menghina pemancing lain bila kumpow atau tak strike, bergambar berlebih-lebih dengan ikan orang dan seumpamanya..
- antara sikap-sikap yang baik bagi pemancing seperti bertegur sapa sesama pemancing, tidak lokek ilmu atau skill memancing, sambil tolong menolong andai kata member sebelah strike gorgon, offer peralatan ke orang sebelah andai kata dia dh abis stok..bila orang dh offer tu korang pun kena la berterima kasih dengan cara membayar kepada pemberi tu...kebiasaanya kalau setakat mata kail 1,2 pcs batu 1,2 biji nih memang akan bagi saja je..lain la kalu korang minta dgn dia mata 1pack..memang kena bayar la kalau camtu.
- Keselamatan ketika memancing
- Menjaga keselamatan diri dan juga rakan sepemancingan kita adalah perkara yang harus diberi perhatian.
- perhatikan sekeliling sebalum membuat lontaran takut nanti ada yang mata kail tersangkut di bibir member
- peralatan-peralatan tajam haruslah di letak setempat atau letak dalam poket dan jagan tinggal merata takut terpijak atau tersepak..nanti kalu dah luka berdarah bagai memang balik awal la jawabnya..
- pakai kasut atau kasut getah yang anti licin supaya tidak mudah tergelincir di atas pemukaan batu atau permukaan tanah yang licin...sebolehnya elakkanlah pakai selipar, selipar ni mudah terkehel kalau licin.. kan ke dalam air pulak korang





.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

